My Add

Tuesday 22 May 2012

Buku pelihara alam sekitar cara Islam akan dilancar

KUALA TERENGGANU, ISNIN, 21 Mei, 2012: Dana Perlindungan Hidupan Semula Jadi (WWF) Malaysia bersama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) bakal melancarkan sebuah buku mengenai pemeliharaan alam sekitar dari perspektif Islam pada Julai ini.

Ketua Pengarah IKIM, Datuk Nik Mustapha Nik Hassan berkata, buku pertama seumpamanya itu dapat dijadikan rujukan kepada masyarakat termasuk imam, penceramah agama dan guru-guru dalam usaha memperjuangkan isu-isu alam sekitar.

Tambahnya, buku itu turut memetik ayat-ayat al-Quran dan hadis mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dan sesuai dirujuk oleh semua lapisan masyarakat.

“Pembaca dapat mengetahui masalah serta isu berkaitan alam sekitar dan hidupan liar yang mempunyai kaitan rapat dengan ajaran Islam.

“Penerbitan buku ini selari dengan fungsi IKIM yang menjalankan kajian mengenai peranan Islam dan umat Islam dalam menghadapi pelbagai cabaran termasuk isu alam sekitar," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment