My Add

Wednesday 9 May 2012

Bursa Malaysia: Felcra mahu ikut jejak langkah Felda

PASIR SALAK, SELASA, 08 Mei, 2012: Felcra Berhad (Felcra) bercadang mengikut jejak Felda dengan menyenaraikan agensi perladangan itu di Bursa Malaysia selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

Pengerusinya, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, Felcra layak disenaraikan di Bursa Malaysia kerana ia memperoleh keuntungan kira-kira RM200 juta setahun.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak berkata, bagi membolehkan ia disenaraikan di Bursa Malaysia, semua 17 anak syarikat Felcra akan digabungkan di bawah satu syarikat induk.

"Ini pelan saya sebab kalau dikumpulkan anak syarikat sama dengan syarikat induk, kita boleh menjana pendapatan dan keuntungan hampir RM200 juta setahun dengan mudah.

"Dengan keuntungan sebanyak itu, bila-bila masa kita boleh senaraikan. Sekarang ini, untuk penyenaraian syarikat, untung RM20 juta pun Bursa Malaysia boleh terima. Apa lagi kalau untung beratus juta," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan surat hak milik tapak rumah kepada 108 penduduk di Changkat Lada di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment