My Add

Thursday 24 May 2012

Cadangan haramkan buku Irshad Manji dihantar ke KDN

PUTRAJAYA, RABUM, 23 Mei, 2012: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menghantar cadangan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar mewartakan buku karangan Irshad Manji yg berjudul "Allah, Liberty and Love" sebagai haram semalam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, pihaknya mendapati kandungan buku berkenaan mengandungi unsur-unsur liberalisme dalam soal beragama yang boleh membawa kepada kecelaruan di kalangan umat Islam.

Katanya, Jakim turut mendapati penulis cuba mempengaruhi pembaca supaya menggunakan akal sebebas-bebasnya dalam menafsir agama.

"Jakim sudah hantar laporan semalam dan tindakan seterusnya bergantung kepada KDN sendiri kerana ia kini berada dalam bidang kuasa kementerian itu,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Simposium Pendakwah Wanita peringkat kebangsaan 2012 di sini, hari ini. Turut hadir Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha.

Sebelum ini KDN telah memanjangkan isu buku yang kini diterjemahkan dalam bahasa Melayu iaitu "Allah, Kebebasan dan Cinta" itu kepada Jakim untuk dikaji dan diteliti. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment