My Add

Saturday 26 May 2012

Ceramah Anwar, Ummi bertukar kecoh

*SEBAHAGIAN orang ramai yang hadir mendengar ceramah 'Ganyang Petualang Negara' yang diadakan di Kuarters DBKL Pantai Permai, Kuala Lumpur, malam semalam.

KUALA LUMPUR, JUMAAT25 Mei, 2012: Sesi ceramah antara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ummi Hafilda Ali yang dibuat sebelah menyebelah di pekarangan Pangsapuri Pantai Permai, di Pantai Dalam malam tadi bertukar kecoh.

Akibatnya, dua lelaki yang hadir untuk mendengar sesi ceramah iaitu masing-masing seorang penyokong pembangkang dan seorang lagi penyokong kerajaan cedera di kepala selepas terkena balingan batu daripada kedua-dua belah pihak.

Bagaimanapun Anwar seperti biasa pantas menuduh Pergerakan Pemuda UMNO dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sebagai bertanggungjawab atas insiden itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment