My Add

Wednesday 9 May 2012

Culik Nayati: 5 termasuk 1 wanita ditahan, 2 lagi diburu

KUALA LUMPUR, RABU, 09 Mei, 2012: Polis masih memburu dua lelaki tempatan berusia 24 tahun yang dipercayai individu bertanggungjawab menculik kanak-kanak lelaki warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar, 12, baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, dua lelaki itu ialah Lee Phak Seng yang dipercayai dalang penculikan tersebut dan rakannya, Jay Yin Aung.

Phak Seng dipercayai telah melarikan diri ke negara Eropah dan kedua-duanya berasal dari Taman Segar, Cheras.

Mereka lari ke Eropah. Polis sudah meminta bantuan Interpol untuk mengesan mereka

Lima saspek yang ditaham termasuk seorang wanita.  Mereka yang dipercayai terbabit dalam kes culik itu, berumur antara 18 dan 45 tahun, direman sehingga 21 Mei untuk siasatan.

Mohd Bakri berkata, wang tebusan sebanyak RM300,000 sudah dibayar, tetapi sebahagian sahaja wang itu ditemui semula.

Nayati ditemui selamat Khamis lalu, di Hentian Rehat dan Rawat Rawang selepas tujuh hari diculik di hadapan sekolahnya di Mount Kiara. 

No comments:

Post a Comment