My Add

Saturday 5 May 2012

Desak guna pakar air tempatan


*AHMAD Zahdi Jamil (kanan) pada sidang akhbar mendesak kerajaan negeri Selangor mengambil pakar tempatan dalam menyelesaikan masalah air di Kuala Lumpur, semalam.

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI

KUALA LUMPUR, JUMAAT. 04 Mei, 2012: Persatuan Air Malaysia (MWA) hari ini mendesak kerajaan negeri Selangor di bawah kepimpinan Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengutamakan khidmat pakar tempatan dalam usaha menyelesaikan krisis air di negeri itu.

Presidennya, Ahmad Zahdi Jamil berkata, Malaysia mempunyai kira-kira 30,000 pakar berhubung industri pembekalan air dan mereka layak membangunkan infrastruktur serta meningkatkan mutu perkhidmatan air negara.

Katanya, jika kerajaan negeri tersebut meneruskan langkah untuk mengambil pakar luar, ia seolah-olah menghantar mesej bahawa profesional di negara ini tidak boleh dipercayai dan tidak cekap dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment