My Add

Saturday 12 May 2012

Desak tindakan tegas terhadap Irene Fernandez

Oleh ROZIANAH RISMAN
PETALING JAY, JUMAAT, 11 Mei, 2012: MCA Selangor mendesak Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan tegas ke atas Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez berikutan tindakannya mengeluarkan kenyataan yang mengecam negaranya sendiri kepada media Indonesia baru-baru ini.

Pergerakan itu yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya kira-kira pukul 10 pagi ini turut mendesak Irene dikenakan tindakan tegas kerana kenyataannya itu dikeluarkan tanpa bukti yang kukuh.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Selangor, Datuk Theng Book berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Irene itu hanya bertujuan memburuk-burukkan kerajaan seolah-olah tidak mengambil apa-apa tindakan munasabah dalam menjaga kebajikan pekerja Indonesia.

"Justeru, Irene perlu bertanggungjawab ke atas setiap kenyataan yang diberikan kerana tindakannya itu telah membangkitkan rasa tidak puas hati ramai di negara ini," katanya pada sidang akhbar di Pejabat MCA Selangor, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment