My Add

Thursday 10 May 2012

D'Rejang: DBKL diminta bertindak

*MEDAN selera D'Rejang di Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur yang terbiar kosong didakwa oleh masyarakat sekitarnya menjadi tempat tinggal warga asing. - UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN

Oleh NORMAIRAH JAMALUDDIN
KUALA LUMPUR, RABU, 09 Mei, 2012: Medan selera D'Rejang di Taman Seri Rampai yang siap dibina kira-kira dua tahun lalu seharusnya menjadi tempat kepada peniaga kecil meningkatkan taraf ekonomi.

Namun, sebaliknya yang berlaku apabila ia masih gagal digunakan oleh golongan sasaran.

Bangunan itu menjadi syurga buat warga asing yang menjadikannya sebagai tempat tinggal mereka.

Tinjauan Utusan Malaysia ke medan selera berhampiran Perumahan Awam Desa Rejang, Setapak itu mendapati, terdapat pakaian disidai di hadapan gerai-gerai yang masih belum beroperasi.

Malah, terdapat sebuah motosikal yang diletak bersebelahan dengan gerai-gerai tersebut biarpun medan selera itu telah dipagar dengan zink.

Peniaga minta segera dipindahkan

Sementara itu peniaga di Jalan Rejang, Taman Seri Rampai di sini meminta DBKL supaya segera memindahkan mereka ke medan selera D'Rejang.

Permintaan itu dibuat kerana mereka mendakwa tidak tahan dengan bau busuk yang datang dari sebuah restoran bukan Islam yang terletak bersebelahan dengan gerai mereka sehingga mengganggu pelanggan.

Mereka mendakwa, bau busuk itu datang daripada daging babi yang dimasak di restoran berkenaan.

Seorang peniaga, Halim Shafiee, 62, berkata, keadaan gerai yang sempit dan bersebelahan dengan restoran itu membuatkan dia tidak selesa berniaga di kawasan itu.

"Saya dan abang sudah berniaga di sini hampir 15 tahun dan sudah tiba masanya DBKL memindahkan kami ke kawasan medan selera yang baru itu," katanya. 

No comments:

Post a Comment