My Add

Thursday 17 May 2012

Dua maut dalam kemalangan dua kenderaan

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 17 MEI, 2012: Dua maut apabila kereta yang mereka naiki dirempuh sebuah kenderaan lain yang terbabas dari laluan bertentangan di Jalan Loke Yew, Cheras malam tadi.

Lee Kian Hoo (lelaki), 30, dan penumpangnya, Choo Pei Pei (wanita), 24, tersepit dalam kereta dan mati di tempat kejadian.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP Abdullah Roning berkata, kejadian pada pukul 11.45 malam itu turut menyebabkan pemandu kereta yang merempuh kereta dinaiki mangsa cedera parah.

Phang Chee Yong (lelaki), 37, dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, manakala mayat Kian Hoo dan Pei Pei dihantar ke Hospital Kuala Lumpur, katanya di sini hari ini.

Abdullah berkata, semasa kejadian, kereta yang dipandu Chee Yong, yang dalam perjalanan dari arah Kajang ke pusat bandar, hilang kawalan dan melanggar tiang lampu.

“Kereta itu kemudian merempuh penghadang jalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar kereta yang dinaiki kedua-dua mangsa,” katanya. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment