My Add

Sunday 20 May 2012

Elak ikut perhimpunan bawa bencana - Mufti

KUALA LUMPUR, SABTU, 19 Mei, 2012: Rakyat negara ini terutama umat Islam dinasihatkan supaya mengelakkan diri daripada mengikuti atau menganjurkan perhimpunan yang tidak berfaedah dan boleh membawa kebinasaan kepada Malaysia.

Mufti Perak, Tan Sri Hairussani Zakaria berkata, sebaliknya umat Islam digalakkan untuk mengikuti perhimpunan yang boleh mendatangkan kebaikan dan keberkatan daripada Allah SWT.

"Sebagai umat Islam, kita perlu mengelakkan diri daripada mengikuti perhimpunan yang tidak berfaedah kerana ia hanya perbuatan yang sia-sia dan mendatangkan kemudaratan kepada negara serta orang ramai.

"Kita juga harus menganjur dan mengikuti perhimpunan yang memberikan kebaikan kepada negara dengan sama-sama memohon pertolongan dan keampunan daripada Allah SWT. Ini penting bagi mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara daripada sebarang bencana dan huru-hara," katanya ketika berucap pada Majlis Istighasah Al-Kubra di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment