My Add

Friday 18 May 2012

Eramin 5 dan ekstasi RM5.25 juta dirampas

SHAH ALAM, KHAMIS, 17 Mei, 2012: Polis merampas 158,950 biji pil khayal jenis Eramin 5 dan ekstasi bernilai RM5.25 juta dalam serbuan di sebuah rumah yang dipercayai dijadikan stor dadah di Bandar Kinrara, Puchong dekat sini kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira pukul 10 pagi, sebanyak 69,750 pil Eramin 5 dan 29,900 pil ekstasi ditemui di dalam kotak di salah sebuah bilik di rumah berkenaan, sementara 37,500 pil Eramin 5 dan 21,800 pil ekstasi lagi ditemui di dalam bonet kereta Proton Saga di rumah itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, pihaknya turut memberkas dua suspek lelaki berusia 30 tahun dan 36 tahun yang dipercayai pengedar dadah semasa serbuan.

Beliau berkata, pihaknya percaya penemuan pil khayal itu mungkin ada kaitan dengan pembongkaran dua makmal memproses pil Eramin 5 di Lembah Klang dan Pulau Pinang, Sabtu lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment