My Add

Friday 11 May 2012

Exco AMK dituduh langgar perintah mahkamah

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 10 Mei, 2012: Seorang Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Melaka menjadi perusuh yang ketiga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan mengingkari perintah mahkamah dengan menyertai perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Farhan Ibrahim, 29, yang bekerja sebagai pemandu van mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan tersebut dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Mahmud Abdullah.

Semalam, seorang peguam yang juga Ahli Panel Jawatankuasa Tatatertib Majlis Peguam, G. Rajesh Kumar, 44, merupakan individu yang kedua selepas Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Rasah, R. Tangam dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan yang sama.

Farhan didakwa sebagai ahli perhimpunan Bersih 3.0 menentang pelaksanaan perintah Mahkamah Majistret di bawah Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah yang dibuat oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir pada 26 April lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment