My Add

Thursday 10 May 2012

Gangguan bekalan elektrik di Kuala Krai Selasa depan

KOTA BHARU, KHAMIS, 10 Mei, 201: Penduduk di daerah Kuala Krai akan mengalami gangguan bekalan elektrik pada Selasa depan berikutan kerja penyelenggaraan pencawang masuk utama di Batu Jong, Kuala Krai. 

Pengurus Tenaga Nasional Bhd (TNB) Kawasan Tanah Merah, Arman Che Othman, berkata kerja pembaikan itu yang bermula jam 11 pagi hingga 6 petang, juga akan menyebabkan gangguan bekalan air berikutan Loji Rawatan Air Pahi dan Tualang di Kuala Krai, akan turut tergendala.

Pengguna yang mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan gangguan elektrik boleh menghubungi TNB di talian 09-9666020 atau menghubungi PINTAS bagi gangguan bekalan air di talian 1300-88-2572. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment