My Add

Saturday 12 May 2012

Geopolitik penentu prestasi pasaran

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 11 Mei, 2012: Prestasi pasaran pada tahun ini dipengaruhi oleh peranan kerajaan dan geopolitik dan bukan lagi bergantung kepada berita-berita ekonomi.

Kesimpulan itu diperoleh daripada kajian yang dilakukan terhadap 800 pelabur institusi yang dikendalikan oleh Economist Intellingence Unit pada awal tahun ini.

Para pelabur percaya risiko utama kepada pemulihan ekonomi adalah ancaman kenaikan harga minyak, ketegangan program nuklear Iran, selain kebimbangan masa depan Sepanyol dan masa depan penggunaan mata wang Kesatuan Eropah.

Laporan dan tinjauan tahunan kedua yang meneroka persekitaran pelaburan global 2012 pula mendapati keyakinan para pelabur kepada Amerika Syarikat (AS) semakin positif.

"Dengan pertumbuhan sederhana yang diunjurkan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), para pelabur kini melihat AS menawarkan risiko yang menarik," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment