My Add

Sunday 20 May 2012

Gesa tarik balik iktiraf UEC

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD 
KUALA LUMPUR, SABU, 19 Mei, 2012: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak kerajaan menarik balik pengiktirafan terhadap Peperiksaan Gabungan Sekolah Menengah Cina (UEC) kerana bertentangan dengan Akta Pendidikan 1996 dan Dasar Pelajaran Kebangsaan.

Dalam masa yang sama Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, pihaknya turut mendesak mata pelajaran Pengetahuan Agama Islam dijadikan sebagai subjek lulus peperiksaan awam bermula daripada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Kerajaan harus sedar pengiktirafan sijil peperiksaan UEC telah membawa implikasi kepada perlanggaran sistem perundangan negara. Ini merupakan persoalan serius yang perlu diberikan perhatian.

"Oleh itu Perkasa mahu pengiktirafan ini ditarik balik dengan segera. Jangan lukakan lagi perasaan orang Melayu kerana kaum ini sudah cukup terluka. Jangan jadikan luka orang Melayu semakin parah," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment