My Add

Friday 11 May 2012

Golongan muda mahu pemimpin lebih kerap turun padang

KUALA LUMPUR: Turun padang dan beri penjelasan berhubung isu semasa secara bersemuka, itu antara permintaan golongan muda terhadap pemimpin dan wakil rakyat yang dipilih. 

Golongan muda yang ditemui ketika menghadiri sambutan Ulang Tahun UMNO ke-66 di perkarangan Kompleks Sukan Bukit Jalil di sini hari ini, melontar pandangan mereka secara jujur kerana berpendapat ia mampu memberi kebaikan sekiranya diterjemahkan dalam bentuk tindakan.

Seorang pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Fatihah, 23, berkata golongan seusianya dahagakan penjelasan mengenai isu semasa daripada pemimpin atau wakil rakyat yang dipilih.

"Kami memang mengikuti perkembangan media dan elektronik tapi penjelasan dari akar umbi juga penting... contohnya mengenai pelan ekonomi kerajaan, usaha mengatasi pengangguran dan apa peranan yang boleh kami hulurkan bagi mengatasi masalah sosial," katanya. 

Beliau yang menyertai rombongan perwakilan Puteri UMNO dari Pokok Sena, Kedah itu turut mahukan UMNO secara khususnya menganjurkan lebih banyak program untuk golongan muda dalam usaha mendekati bakal pemimpin negara itu serta membolehkan mereka memahami politik negara dengan jelas. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment