My Add

Saturday, 12 May 2012

Gombak lokasi awal tolak Anwar

*EZAM Mohd. Noor (tengah) bersama barisan pemimpin Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) selepas memberi ceramah di kawasan lapang, Pinggiran Batu Caves, Gombak, Selangor, malam semalam. - utusan/MOHD. NOOR MAT AMIN
Oleh KAMIL MASLIH dan AZHARI ZAINOODDIN
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 11 Mei, 2012: Kawasan Gombak yang dahulunya merupakan tapak penting gerakan reformasi pada 1998, kini menjadi tapak permulaan untuk menolak kepimpinan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malam tadi, 12 individu yang dahulunya membela dan mempertahankan Anwar, berdiri di atas pentas yang sama untuk mendedahkan segala pembohongan Ketua Pembangkang itu.

Antaranya ialah Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip; bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Senator Ezam Mohd. Nor serta Pesuruhjaya TIBAI Selangor/Wilayah Persekutuan, Wan Indra Putra Ahmad. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment