My Add

Sunday 6 May 2012

Hantar anak istimewa ke PDK

Oleh HAKIMI ISMAIL

PUTRAJAYA, SABTU, 05 Mei, 2012: Ibu bapa yang mempunyai anak istimewa digesa menghantar anak-anak mereka ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) bagi memastikan golongan itu mendapat didikan dan asuhan sepatutnya daripada pakar.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan, Noormah Abdul Rauf berkata, dengan menghantar anak-anak istimewa ke PDK, ibu bapa tidak lagi dibebani kerenah golongan istimewa ini kerana selain mendapat pendidikan mereka juga akan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan semasa.

Beliau berkata, sehingga kini JKM telah membuka sebanyak 428 PDK di seluruh Wilayah Persekutuan dan ia mampu menampung kira-kira 344,000 orang kurang upaya (OKU) yang berdaftar di kawasan tersebut.

"Usahlah berasa malu kerana mempunyai anak OKU, jadikan ia sebagai cabaran dan anggap sebagai dugaan hidup, Oleh itu bagi memastikan anak mendapat hak yang sepatutnya hantarlah mereka ke PDK untuk menjalani pemulihan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment