My Add

Sunday 13 May 2012

Hari pertama Festival Hari Guru Kebangsaan meriah

KUALA KANGSAR, SABTU, 12 Mei, 2012: Hari pertama Festival Hari Guru Kebangsaan 2012 berlangsung meriah dengan kehadiran hampir 10,000 orang di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford di sini hari ini.

Para pengunjung terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah, guru-guru serta orang ramai dari sekitar daerah ini, Ipoh dan beberapa daerah berhampiran.

Selain gerai pameran dan jualan, festival dimeriahkan dengan kehadiran maskot Upin dan Ipin, persembahan kebudayaan oleh pelajar-pelajar Sekolah Seni Johor Bahru dan lukisan karikatur bersama pelukis akhbar Utusan Malaysia.

Malah, syarikat MBSB menyediakan pakej penghargaan kepada guru iaitu sebuah Toyota Prius bernilai RM130,000 serta pakej umrah bernilai RM30,000 di samping barangan berjenama Apple seperti iPhone 4S, iPad dan MacBook untuk dimenangi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment