My Add

Tuesday 15 May 2012

Hasutan: Polis ambil keterangan Ketua Pemuda PAS Sik

BUKIT MERTAJAM, SELASA, 15 Mei, 2012: Polis hari ini mengambil keterangan Ketua Dewan Pemuda PAS Sik, Kedah, Ngah Habib Mahyudin, 30, susulan kenyataannya pada satu ceramah yang didakwa mempunyai unsur hasutan. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Superintendan Baharudin Mustapha, berkata pemimpin politik itu didakwa menyebut "mahu membunuh semua anggota polis yang mengambil tindakan ke atas peserta pada perhimpunan Bersih 3.0 lalu" dalam satu ceramah di Bukit Mertajam, di sini minggu lalu.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 143 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya di sini.

Ngah Habib yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kedah tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPT pada jam 1.45 petang bersama bapa dan beberapa rakannya sebelum meninggalkan IPD itu sejam kemudian. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment