My Add

Saturday 12 May 2012

Hormati undang-undang negara-PM

KUANTAN, SABTU, 12 Mei, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat Malaysia agar terus menghormati undang-undang kerana ia merupakan satu prinsip yang harus disanjung tinggi.

Perdana Menteri berkata, sebagai rakyat, adalah tidak seharusnya melakukan kerosakan apatah lagi menyerang anggota keselamatan seperti polis dan tentera.

"Kita telah diingatkan oleh Allah supaya tidak membuat kerosakan di muka bumi ini apatah lagi menyerang sesiapa sahaja termasuk pasukan keselamatan.

"Walaupun ada pihak yang caci polis dan tentera, perlekeh, provokasi dan ada juga yang serang polis, kita UMNO tetap akan pertahankan anggota keselamatan negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Makan Tengah Hari dan Penyampaian Sumbangan Oleh Yayasan Rahah di Markas 4Briged Mekanize, Kem Batu 10 di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment