My Add

Saturday 12 May 2012

Hudud: Tentangan keras DAP memang dijangka

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 11 Mei, 2012: Kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengulangi hasrat Pas untuk melaksanakan hudud di negara ini memang dijangka mendapat tentangan keras daripada DAP sebagai parti komponen dalam pakatan pembangkang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Datuk Dr. Hasan Ali berasa pesimistik terhadap usaha tersebut di dalam Pas disebabkan kehadiran majoriti golongan parasit yang menguasai barisan kepimpinan tertinggi parti ketika ini.

"Saya meramalkan di bawah gagasan pakatan pembangkang jalan ke arah itu semakin sempit dan semakin gelap.

"Telahan saya ini semakin hampir ke realiti lantaran sikap Pengerusi DAP, Karpal Singh serta kata-kata yang pernah diucapkan oleh beliau sendiri bahawa Pas perlu melangkah mayat beliau terlebih dahulu sebelum dapat melaksanakan hudud," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment