My Add

Friday 18 May 2012

Hukum Irene Fernandez

SHAH ALAM, KHAMIS, 17 Mei, 2012: Persatuan Cinta Malaysia menggesa agar Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez dikenakan hukuman atas tindakannya memburuk-burukkan imej negara dengan melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas.

Setiausaha Agungnya, Syed Ahmed Najib Syed Abdul Rahman berkata, rakyat negara ini tanpa mengira fahaman politik perlu bersatu bagi mengutuk tindakan Irene yang jelas mencemarkan nama baik negara itu.

Sebagai orang terpelajar, katanya, Irene patut menyuarakan ketidakpuasan hatinya kepada pihak berwajib di dalam negara secara tertutup dan berunding secara baik bagi mencari jalan penyelesaian sekali gus menyelesaikan masalah yang dibangkitkan itu.

‘‘Negara seolah-olah ‘dihukum tanpa bicara’ apabila ada pihak yang melemparkan pelbagai tuduhan palsu dan memburukkan Malaysia di negara luar tanpa memeriksa fakta tepat terlebih dahulu daripada pihak berwajib," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment