My Add

Monday 21 May 2012

Indera Kayangan lonjak kemajuan Kangar

*PEMBANGUNAN bandar Kangar mula menampakkan kepesatan sejajar dengan matlamat Perlis Maju 2015. -UTUSAN/Faizal Abu Hassan

Oleh SHOLINA OSMAN
KANGAR 20 Mei - ''Boleh beritahu berapa bilangan lampu isyarat di Kangar?''

Soalan sebegitu memang sering diajukan kepada anak Perlis khususnya yang tinggal di Kangar jika mereka merantau keluar sekitar tahun 1980-an.

Pertanyaan sinis itu memang cukup pedas kerana ia sekali gus menunjukkan bandar Kangar tidak ada kemajuan langsung termasuk ketiadaan lampu isyarat yang penting untuk kemudahan di jalan raya.

Kini Kangar yang menjadi 'kayu pengukur' kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) Indera Kayangan dalam Parlimen Kangar bukan seperti dulu lagi sebaliknya sudah jauh berubah seiring dengan pembangunan ke arah Perlis Maju 2015. - UUSAN

No comments:

Post a Comment