My Add

Thursday 3 May 2012

Incividu status kerakyatan perlu jaga kehormatan, keamanan

KOTA KINABALU, KHAMIS, 03 Mei, 2012: Individu yang diberi status kerakyatan Malaysia diingatkan supaya sentiasa menjaga kehormatan dan keamanan negara ini kerana penganugerahan itu adalah satu keistimewaan yang diberi kerajaan. 

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop, berkata proses mendapatkan status kewarganegaraan itu juga bukan satu yang mudah selain mengambil masa.

"Nilaian kerajaan dalam mempertimbangkan permohonan seseorang itu sangat terperinci," katanya pada Majlis Penganugerahan Dokumen Pengenalan Diri di sini, hari ini.

Abu Seman berkata, permohonan yang diluluskan berdasarkan kelayakan dan kemampuan seseorang itu untuk berpegang kepada Rukun Negara, mengekalkan perpaduan dan keamanan negara, menjaga dan menyanjung imej negara, menyumbang kepada pembangunan negara mengikut bidang masing-masing dan sentiasa mematuhi undang-undang. 

Katanya, sepanjang 2010, kementerian itu menyelesaikan 29,667 permohonan warganegara yang diterima bagi tempoh 2007 hingga 2009. 

Beliau berkata, tidak semua permohonan dapat dipertimbangkan kerana pemohon gagal memenuhi syarat dalam Perlembagaan Persekutuan seperti tempoh bermastautin tidak cukup selain tidak memiliki pengetahuan asas Bahasa Malaysia. 

Pada majlis itu, seramai 124 orang menerima dokumen pengenalan diri termasuk 73 penerima di bawah umur 21 tahun. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment