My Add

Saturday 26 May 2012

Industri ICT Malaysia kekal kukuh

*PENINGKATAN jualan komputer dan langganan jalur lebar di negara ini menjadi faktor penggerak perkembangan industri teknologi maklumat. - GAMBAR HIASAN

Oleh AZMAN IBRAHIM
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 25 Mei, 2012: Industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di negara ini dijangka terus berkembang dan kukuh walaupun ekonomi global dijangka tidak menentu, terutamanya di Eropah.

Pengerusi Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom), Woon Tai Hai berkata, pihaknya mendapati banyak syarikat berasaskan ICT terjejas akibat daripada krisis ekonomi di Eropah, tetapi tidak di Malaysia.

Jelasnya, pertumbuhan industri ICT di negara ini dirangsang melalui pasaran dalaman dan permintaan terhadap ICT masih tinggi.

"Kami menjangkakan industri ICT Malaysia tumbuh sekitar lapan hingga sembilan peratus pada tahun ini, sekali gus menunjukkan kesan terhadap krisis ekonomi kurang berlaku kepada pemain industri di negara ini,'' katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment