My Add

Tuesday 8 May 2012

Inflasi kekal pada 2 - 3 peratus - Zeti Akhtar Aziz.

KUALA LUMPUR, SELASA, 08 Mei, 20122: Unjuran inflasi Bank Negara Malaysia (BNM) antara dua dan tiga peratus masih kekal meskipun pengenalan gaji minimum, kata Gabenornya Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Beliau berkata gaji minimum itu adalah suatu yang positif, kerana ia akan menyumbang kepada peningkatan penggunaan kerana kumpulan yang disasarkan itu mempunyai kecenderungan tinggi untuk membeli.

“Kami sudahpun mengambil kira prospek gaji minimum. Seperti yang anda tahu, lebih 100 negara di dunia ini telahpun melaksanakannya," katanya kepada pemberita di luar Persidangan Persatuan Institut Perbankan Asia Pasifik, di sini, hari ini.

Zeti berkata bank pusat percaya gaji minimum mewakili bahagian kecil kos pengeluaran dan tidak akan menyumbang kepada harga tinggi terutamanya apabila negara berada dalam tempoh harga sederhana.

Ditanya mengenai kesan pengurangan hutang bank-bank Eropah di Asia, beliau berkata kebanyakan negara di Asia akan menerima kesan tetapi pada “tahap terhad" kerana terdapat mudah tunai yang besar di rantau ini.

"Sektor kewangan kita boleh campur tangan untuk menyediakan mudah tunai," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment