My Add

Friday 11 May 2012

Inovasi mampu tingkat kualiti produk dan perkhidmatan

IPOH, JUMAAT, 11 Mei, 2012: Inovasi bukan sedar sains dan teknologi tetapi mampu meningkatkan kualiti produk, produktiviti dan perkhidmatan dalam kehidupan seharian. 

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Inovasi Malaysia (AIM), Mark Rozario, berkata semua pihak mesti menanamkan sikap berinovasi dalam berfikir, berfikiran terbuka, dinamik, dan sentiasa kreatif.

Beliau berkata, inovasi yang dihasilkan boleh berbentuk produk, perkhidmatan, proses atau teknologi yang berupaya menambah nilai pengeluaran semasa serta membawa transformasi positif kepada amalan sedia ada.

"Rakyat Malaysia perlu sedar bahawa inovasi bukan sekadar sains dan teknologi, atau dimonopoli oleh segelintir golongan intelek saja. Inovasi dalam erti kata sebenar merangkumi semua aspek kehidupan," katanya ketika majlis perasmian Ekspo Inovasi Malaysia 2012 di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment