My Add

Friday 4 May 2012

Jangan berlembut, bertindak tegas

*HASAN Mad (kanan), Mohd. Hilmi Ismail (tengah) dan Shamsuri Arshad pada sidang media berkaitan penganjuran Bersih di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 03 Mei, 2012: Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang menggabungkan 228 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak Peguam Negara dan pasukan polis mengambil tindakan paling tegas terhadap pemimpin parti pembangkang serta perusuh perhimpunan haram Bersih 3.0 tanpa sebarang kompromi.

Pada masa sama, MPM juga meminta kerajaan membatalkan cadangan menubuhkan panel khas menyiasat dakwaan salah laku segelintir polis ekoran terdapat banyak bukti, khususnya rakaman video menunjukkan kejadian huru-hara pada perhimpunan itu berpunca daripada pemimpin dan peserta Bersih 3.0.

Setiausaha Agungnya, Dr. Hasan Mad berkata, kegagalan pihak berkuasa berbuat demikian hanya akan memberi satu isyarat serta gambaran kepada majoriti rakyat negara ini bahawa kerajaan sedia ada lemah dalam menangani perhimpunan haram berkenaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment