My Add

Wednesday 9 May 2012

Kaji bilangan pekerja asing

Oleh SOFIAN BAHAROM
KUALA LUMPUR, SELASA, 08 Mei, 2012: Kerajaan diminta mengkaji semula bilangan pekerja asing yang diperlukan oleh negara pada waktu ini kerana kos pembayaran gaji golongan itu dilihat semakin meningkat.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan berkata, ini kerana, pengumuman kadar gaji minimum baru-baru ini yang berjumlah sekitar RM4 bilion setahun telah menyebabkan kos pembayaran gaji pekerja asing menjadi sangat mahal.

Katanya, kerajaan perlu membuat pendekatan baru untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing dan ia adalah bersesuaian dengan pengumuman gaji minimum kebangsaan baru-baru ini.

"Realiti kini ialah gaji pekerja asing lebih tinggi berbanding pekerja tempatan, tambahan pula golongan itu tidak perlu membayar kos pengangkutan, tempat tinggal dan bil-bil berkaitan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment