My Add

Friday 4 May 2012

Keberkesanan CMIM dikukuhkan ASEAN+3 - Ahmad Husni

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 03 Mei, 2012: Mesyuarat Menteri-Menteri Kewangan ASEAN+3 dan Gabenor Bank Pusat (AFMGM+3) di Manila yang berakhir hari ini menyaksikan persetujuan dicapai antara negara ASEAN+3 bagi mengukuhkan keberkesanan Inisiatif Multilateralisasi Chiang Mai (CMIM).

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, CMIM ini diwujudkan bagi memastikan kestabilan kewangan dan ekonomi negara serta rantau ASEAN berkekalan.

"CMIM akan memberi manfaat langsung kepada ekonomi negara yang mana dapat mengurangkan kebarangkalian berlakunya krisis ekonomi di negara berjiran serta kesan yang boleh menjejaskan Malaysia menerusi perdagangan merentas sempadan dan hubungan pelaburan serantau.

"Sumbangan AS$9.1 juta (RM27.6 juta) oleh Malaysia kepada inisiatif itu juga membuktikan kekuatan ekonomi negara dan keupayaan kukuh rizab antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment