My Add

Thursday 17 May 2012

Kedah tangguh Projek Sulihh kerana masalah dana

ALOR SETAR, RABU, 16 Mei, 2012: Kerajaan Pas Kedah hari ini mengakui masalah ketiadaan dana menyebabkan Projek Sungai Limau Hidrokarbon Hub (Sulihh) di Yan yang membabitkan pelaburan sebanyak RM35 bilion (AS$10 bilion) terpaksa ditangguhkan lagi.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagaimanapun menafikan masalah tersebut berpunca daripada kerajaan negeri sebaliknya menegaskan, syarikat induk Merapoh Resources Corporation Sdn. Bhd. (Merapoh Resources Corporation) gagal mencari pelabur untuk membiayai projek terbabit ekoran beberapa rakan kongsinya menarik diri sebelum ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa kerajaan negeri tidak berhasrat untuk membatalkan projek itu tetapi terpaksa menangguhkannya sementara sehingga memperoleh dana yang diperlukan.

"Ini bukan masalah kerajaan negeri sebaliknya syarikat pemaju. Kita sudah memberi masa kepada syarikat terbabit untuk mencari pelabur tetapi mereka gagal laksanakan juga sehingga tempoh ditetapkan, * kaatanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment