My Add

Sunday 20 May 2012

Kelab Putera 1Malaysia tawar biasiswa RM1 juta

KUALA LUMPUR, SABTU, 19 Mei, 2012: Kelab Putera 1Malaysia menawarkan biasiswa bernilai RM1 juta kepada lima orang pelajar untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di IM Sechenov First Moscow State Medical University (MSMU) di Rusia.

Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, tajaan tersebut dikhususkan kepada pelajar-pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan dan ia merupakan inisiatif Biro Pendidikan kelab tersebut.

"Kita telah menyenarai pendek 15 orang pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk biasiswa ini dan mereka yang terpilih boleh memulakan pengajian di Rusia bulan depan.

"Mereka yang kami pilih ini terdiri daripada seorang pelajar Cina, India, bumiputera siam dan dua pelajar Melayu," katanya pada sidang akhbar selepas majlis perjanjian persefahaman antara Kelab Putera 1Malaysia dengan MSMU di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment