My Add

Wednesday 9 May 2012

Kenyataan Irene berniat jahat, amat jahil - Anifah Aman

KUALA LUMPUR, RABU, 09 Mei, 2012: Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez berniat jahat apabila mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia tidak selamat untuk pekerja Indonesia, kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan jahil, beliau berkata, Irene membuat kenyataan itu dengan motif untuk memperlekeh hubungan dan kerjasama Malaysia dengan negara jiran berkenaan.

"Kenyataan itu amat jahil atau ignorance tentang kerjasama dan usaha yang telah dilaksanakan oleh kedua-dua kerajaan berhubung pengambilan tenaga kerja termasuk pembantu rumah," katanya pada sidang akhbar di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri di sini semalam.

Anifah berkata, kenyataan Irene juga tidak berasas kerana Malaysia sememangnya mematuhi mekanisme dua hala seperti yang termaktub dalam Akta Asean dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa, selain menghormati hak pekerja.

"Malaysia dan Indonesia mempunyai MOU (memorandum persefahaman) yang ditandatangani pada Sidang Kemuncak Asean 2007 berhubung kerjasama dalam pengambilan pekerja iaitu mekanisme dua hala.

"Perkara ini diberi perhatian oleh kedua-dua negara kerana ia menguntungkan (Malaysia dan Indonesia)," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment