My Add

Friday 11 May 2012

Kerajaan BN mampu sedia persekitaran kondusif: Najib

SHAH ALAM, KHAMIS, 10 Mei, 2012: Kerajaan Barisan Nasional (BN) mampu menyediakan persekitaran perniagaan yang kondusif dan mesra perniagaan untuk membolehkan usahawan mikro, kecil dan sederhana mengembangkan dan memajukan perniagaan mereka, kata Datuk Seri Najib Razak. 

Perdana Menteri berkata, persekitaran perniagaan sedemikian juga dapat menyakinkan syarikat-syarikat luar untuk terus melabur di Malaysia, yang sekaligus memperluas lagi potensi perniagaan syarikat-syarikat tempatan.

"Justeru itu, kita perlu letak perkara ini pada perspektif yang sebenar. Maknanya masa hadapan pengusaha kita tidak boleh dilihat sebagai satu cabaran sosioekonomi sahaja... ini bukan soal model bisnes saja... ini bukan soal potensi perniagaan.

"Pihak pelabur dari luar negara tidak akan membuat keputusan melabur jika mereka tidak mengiktiraf kita sebagai sebuah negara, di mana kerajaan pusatnya dapat menjalankan dasar yang begitu mesra untuk pihak pelabur dalam dan luar negara," katanya. 

Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Himpunan Usahawan Mikro, Kecil dan Sederhana anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan SME Corp, di Kompleks Karangkraf, di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment