My Add

Wednesday 9 May 2012

Kes Adam Adli cabar keputusan UPSI didengar 21 Jun

Oleh NORAZLITA MOHD. SIES
KUALA LUMPUR , RABU, 09 Me, 2012: Permohonan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abd. Halim yang digantung pengajian selama tiga semester bagi mendapatkan kebenaran untuk mencabar keputusan tersebut akan didengar di Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Kuala Lumpur pada 21 Jun ini.

Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Abang Iskandar Abang Hashim di kamar beliau hari ini.

Adam Adli, 21, yang merupakan pelajar semester lima dalam jurusan Pengajian Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) pada 9 Januari lalu telah digantung pengajiannya selama tiga semester bermula semester kedua sesi 2011/2012.

Ia rentetan tindakannya menurunkan bendera tertera gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di ibu pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ketika perhimpunan haram pada 17 Disember tahun lalu.

Dia juga telah didapati bersalah oleh Jawatankuasa Rayuan Tatatertib UPSI kerana menyertai demonstrasi di hadapan universiti itu pada sambutan malam tahun baru 2012. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment