My Add

Thursday 3 May 2012

Ketua Wanita UMNO Parit Buntar meninggal dunia

IPOH, KHAMIS, 03 Mei, 2012: Ketua Wanita UMNO Parit Buntar, Salmiah Mohamad, 72, meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini petang ini.

Allahyarham, yang menghidap sakit buah pinggang dan kencing manis, meninggal dunia pada pukul 3 petang setelah kira-kira sebulan dirawat di hospital itu. n.

Menantunya Zuhaila Omar, 35, berkata, jenazah akan dibawa pulang ke rumah Allahyarham di Taman Kerian dan dikebumikan selepas solat Isyak.

Salmiah meninggalkan lima orang anak, dua lelaki dan tiga perempuan, manakala suaminya telah meninggal dunia pada 2009. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment