My Add

Thursday 17 May 2012

KNKT Indonesia siasat CVR Sukhoi malang

JAKARTA, KHAMIS, 17 Mei, 2012: Alat perakam suara kokpit (CVR) dari kotak hitam pesawat komersial Sukhoi Superjet 100 yang terhempas di Gunung Salak, Bogor, Jawa Barat minggu lalu telah dianalisis di makmal Jawatankuasa Nasional Keselamatan Pengangkutan (KNKT) Indonesia pada Rabu.

Badan penyiasat itu kini berharap perakam data penerbangan (FDR) akan ditemui secepat mungkin bagi mengetahui dengan jelas punca kemalangan udara tersebut berlaku.

Seorang pegawai KNKT, Masruri berkata, pihak Rusia akan mengirim CVR baru sebagai alat untuk memuat turun data percakapan daripada CVR pesawat itu.

CVR itu ditemui tidak jauh dari bahagian ekor pesawat malang tersebut dalam keadaan hangus terbakar, katanya.

Sementara itu, Ketua Badan SAR Nasional (Basarnas) Marshal Madya Daryatmo percaya FDR tersebut mungkin berada tidak jauh dari lokasi CVR, iaitu kira-kira 100 meter dari bahagian ekor pesawat.

Ketua KNKT, Tatang Kurniadi pula berkata, siasatan dan penelitian terhadap kotak hitam pesawat komersial Sukhoi Superjet 100 itu tetap dilakukan di Indonesia, sesuai dengan peraturan antarabangsa.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment