GUA MUSANG, JUMAAT, 04 Mei, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Pas dapat ditumbangkan dengan kombinasi pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri ini seperti Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalannya, Datuk Dr. Awang Adek Hussin serta Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.
Perdana Menteri berkata, BN juga akan membentangkan manifesto khas Kelantan bagi membawa perubahan kepada negeri ini selepas lebih 20 tahun diperintah oleh Pas.
"Melalui perhimpunan hari ini jelas, saya yang gabungan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan timbalannya Datuk Dr. Awang Adek Husin dalam barisan untuk merobohkan Pas Kelantan," katanya.
Beliau Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Komuniti 1Malaysia peringkat negeri Kelantan di Padang Pusat Sivik di sini hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment