My Add

Thursday 3 May 2012

Konvoi Misi Bantuan Kemanusiaan tiba di Padang Besar

KANGAR, KHAMIS, 03 Mei, 2012: Rombongan konvoi 40 sukarelawan yang terbabit dalam Misi Bantuan Kemanusiaan ke Bangkok NSTP-Media Prima selamat tiba di Padang Besar, di sini, petang tadi, selepas menempuh perjalanan panjang dari Surat Thani. 

Di Kangar, sukarelawan diraikan pada majlis makan malam anjuran Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dengan diwakili oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Jamsari Jamaluddin.

Konvoi sukarelawan akan meneruskan perjalanan malam ini dari Kangar untuk bergerak terus ke Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya yang dijangka tiba jam 7 pagi esok, sekali gus muncul dalam slot lintas langsung program Malaysia Hari Ini (MHI), TV3.

No comments:

Post a Comment