My Add

Saturday 12 May 2012

Kumpulan pertama 15 pelajar terima biasiswa YPPB

MELAKA, SABTU, 12 Mei, 2012: Seramai 15 pelajar berpotensi dari Melaka, Johor dan Negeri Sembilan hari ini menjadi kumpulan pertama menerima biasiswa Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB) menerusi program Peneraju Tunas Potensi yang dilancarkan 3 Mac lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, mereka yang menerima surat tawaran itu adalah antara 225 pelajar di seluruh negara yang telah dikenal pasti oleh YPPB untuk menerima biasiswa berjumlah RM158 juta yang diperuntukkan.

Menurutnya, menerusi Jelajah Aspirasi 2012, YPPB akan menjelajah ke seluruh pelosok tanah air selepas iaitu selatan disusuli utara, timur, Sabah dan Sarawak bagi menyampaikan surat tawaran biasiswa Tunas Potensi.

“Kumpulan pertama ini seramai 15 pelajar dari zon selatan telah menerima biasiswa menerusi dana RM158 juta hasil sumbangan syarikat korporat dan individu dan secara berperingkat kesemua pelajar cemerlang akan menerimanya.

“Sambutan terhadap program ini amat menggalakkan apabila 8,000 permohonan diterima oleh YPPB, tetapi hanya 225 pelajar yang layak untuk menerima biasiswa ini," katanya selepas menyampaikan surat tawaran kepada 15 pelajar berkenaan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment