My Add

Wednesday 16 May 2012

Kurangkan 20% pekerja asing

Oleh NORLAILI ABD. RAHMAN
KUALA LUMPUR, SELASA, 15 Mei, 2012: Kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan tenaga kerja asing mampu dikurangkan apabila dasar gaji minimum kebangsaan dilaksanakan sepenuhnya kelak.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, dasar tersebut telah membuka peluang kepada lebih ramai rakyat tempatan untuk mengisi kekosongan pekerjaan yang selama ini diisi oleh pekerja asing.

"Banyak sektor yang memerlukan tenaga buruh, namun kita terpaksa mengimport pekerja asing apabila warga tempatan tidak berminat untuk menyertainya.

"Namun dengan pengenalan kepada gaji minimum kebangsaan, dijangka lebih ramai pekerja-pekerja tempatan yang akan menyertai sektor-sektor tersebut," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Laporan Produktiviti 2011/2012 di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment