My Add

Thursday 10 May 2012

Laluan dilencong bagi pembinaan simpang Jalan Tun Razak

KUALA LUMPUR,KHAMIS, 10 Mei, 2012: Beberapa laluan akan ditutup dan dilencongkan mulai hari ini sehingga 19 September depan berikutan pembinaan persimpangan bertingkat di persimpangan Jalan Tun Razak, Jalan Pudu, Jalan Cheras dan Jalan Chan Sow Lin, di sini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dalam satu kenyataan di sini, menyatakan laluan terbabit ialah aliran trafik dari Jalan Chan Sow Lin ke Jalan Tun Razak dan Cheras akan dilencongkan ke Bulatan Yew; dua lorong sehala di Jalan Cheras dan Jalan Pudu dikurangkan kepada satu lorong sehala manakala lampu isyarat di persimpangan Jalan Tun Razak, Jalan Pudu, Jalan Cheras dan Jalan Chan Sow Lin akan diubah dari empat kepada tiga fasa.

Susulan itu, semua pengguna di laluan berkenaan diminta mematuhi peraturan lalu lintas dan papan tanda yang disediakan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment