My Add

Thursday 17 May 2012

Lebih 13 juta layak mengundi

Oleh SITI MAISARAH SHEIKH RAHIM
KUALA LUMPUR, RABU, 16 Mei, 2012: Lebih 13 juta pemilih dijangka layak mengundi jika Pilihan Raya Umum Ke-13 diadakan pada September ini.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, jumlah itu mengambil kira peningkatan pendaftaran pemilih baru bagi setiap suku tahun berjumlah hampir 300,000 orang.

"Kita menjangka peningkatan jumlah pendaftaran pemilih baru bagi suku pertama tahun ini berjumlah sekitar 300,000 orang selepas ia disahkan sebulan lagi.

"Bagi suku kedua yang akan berakhir Jun ini dan akan disahkan pada Ogos ini pula, kita juga menjangkakan sekitar 300,000 pengundi baru kerana ramai menjangkakan tarikh pilihan raya semakin hampir," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut data terkini SPR, seramai 12.6 juta orang layak mengundi selepas nama mereka diperakukan oleh SPR mengikut jumlah Daftar Pemilih Induk Tahun (DPT) 2010 dan empat DPT sepanjang 2011 mengikut Peraturan 22 (1) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment