My Add

Monday 21 May 2012

Lebih 4,126 penunggang, pembonceng motosikal maut

KLANG, AHAD, 20 Mei, 2012: Lebih 4,126 penunggang serta pembonceng motosikal di negara ini terlibat dalam kemalangan maut sepanjang tahun lalu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, angka tersebut merupakan statistik kemalangan maut jalan raya yang direkodkan pada 2011 yang melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak 6,877 kes.

Katanya , di Malaysia, penunggang serta pembonceng motosikal mencatatkan peratusan tertinggi serta penyumbang utama kepada kes kemalangan maut meskipun telah banyak kempen serta program dilaksanakan kerajaan sebelum ini.

"Ini kerana, daripada perangkaan diperolehi, bilangan penunggang motosikal adalah jumlah pengguna jalan raya tertinggi di negara ini.

"Dianggarkan, kira-kira 1 juta lesen baru dikeluarkan setiap tahun melibatkan penunggang motosikal sahaja di seluruh negara," KATANYA. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment