My Add

Thursday 17 May 2012

Lelaki dera anak kekasih diberkas

KUALA TERENGGANU, KHAMIS, 17 Mei, 2012: Seorang lelaki yang menjadi buruan polis sejak sebulan lalu bagi membantu siasatan kes mendera seorang budak berumur dua tahun Mohd. Danish Aiman Abdullah sehingga koma pada 20 April lalu, diberkas polis semalam.

Azhar Jusoh, 31, ditahan pada pukul 2 petang berhampiran warung ibunya di Kampung Tualang, Manir dekat sini selepas lebih tiga minggu melarikan diri daripada buruan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, sebaik menyedari kehadiran polis, suspek cuba melarikan diri ke belakang warung tetapi dapat diberkas selepas berlaku pergelutan.

"Suspek yang positif ujian air kencing mengambil dadah cedera di muka selepas bergelut dengan polis.

"Dengan tertangkapnya suspek, kita percaya kes ini dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Pada 22 April lalu, akhbar melaporkan seorang budak berusia dua tahun koma akibat pendarahan otak selepas ditampar suspek yang juga teman lelaki ibunya di sebuah rumah di Kampung Tualang, Manir dekat sini.

No comments:

Post a Comment