My Add

Thursday 17 May 2012

Lelaki rakyat India ditahan cuba seludup dadah guna periuk

SEPANG, KHAMIS, 17 Mei, 2012: Seorang lelaki rakyat India yang cuba menyeludup dadah seberat 5.17 kilogram bernilai RM1.2 juta ke negara ini dengan menggunakan periuk ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Selasa lepas.

Lelaki berusia 38 tahun itu ditahan ketika cuba melepasi kawalan Kastam pada pukul 8.45 pagi setelah tiba dari India. 

Pengarah Kastam KLIA, Badaruddin Mohamed Rafik berkata, hasil pemeriksaan terhadap lelaki itu, pihaknya menemui serbuk putih yang setelah diuji didapati dadah jenis Methapetamine. 

"Lelaki itu membawa 24 periuk yang diisi ke dalam dua kotak kertas bersama mangkuk bertudung, cawan dan bekas menyimpan bertangkai. Kesemua periuk itu mempunyai dua lapisan dan di antara dua lapisan itu disorok satu bungkusan kain yang mengandungi serbuk putih," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata kira-kira 12 jam selepas penahanan lelaki India itu, pihaknya menahan seorang lelaki rakyat Nigeria berusia 26 tahun dan merampas dadah jenis Methapetamine seberat 1.1 kilogram. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment