My Add

Tuesday 8 May 2012

Lelaki warga Myanmar dipercayai edar dadah diberkas

KUANTAN, SELASA, 08 Mei, 2012: Seorang lelaki warga Myanmar yang dipercayai pengedar dadah diberkas polis di Jalan Tun Ismail, di sini, petang semalam. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang, Superitendan Yap Toon Khuan, berkata suspek yang berusia 25 tahun itu ditahan kira-kira jam 5.45 petang semalam.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Negeri mengekori suspek selepas mendapat maklumat daripada orang awam.
"Ketika menjalankan pemeriksaan ke atas suspek, satu paket plastik lutsinar berisi serbuk dan ketulan disyaki dadah jenis heroin ditemui. 

"Dadah seberat 56.30 gram itu dianggar bernilai RM2,000 dijumpai dalam poket sebelah kanan seluar suspek," katanya di sini, hari ini. 

Kata beliau, pihaknya percaya bekalan dadah itu dibawa masuk dari negeri jiran untuk diedar di kawasan jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dekat Padang Lalang, di sini. 

"Suspek ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut dan akan disiasat mengikut Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment