My Add

Friday 11 May 2012

LHDN terima 1.896 juta borang e-filing

KUALA LUMPUR, JUMAAT,11 MEI, 2012: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima 1.896 juta borang melalui kaedah e-filing sehingga 4.00 petang tadi, iaitu peningkatan 8.07 peratus berbanding penerimaan 1.754 juta Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dalam tempoh sama tahun lalu. 

"LHDN percaya angka ini akan bertambah menjelang berakhirnya Tempoh Tangguh yang ditawarkan pada 15 Mei nanti," menurutnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut LHDN, Tempoh Tangguh yang diperkenalkan pada tahun ini kepada pembayar cukai untuk menghantar BNCP melalui e-filing adalah satu langkah menggalakkan peralihan dari sistem manual menggunakan borang kertas kepada sistem dalam talian.

Justeru, ia meminta pembayar cukai yang masih belum menghantar borang BE supaya menggunakan sistem e-filing sebelum Tempoh Tangguh berakhir. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment