My Add

Wednesday 9 May 2012

Malaysia, India tandatangan perjanjian DTAA

PUTRAJAYA, RABU, 09 Mei, 2012: Malaysia dan India hari ini menandatangani perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali dan Pencegahan Pelarian Fiskal Berkenaan Dengan Cukai Atas Pendapatan (DTAA Malaysia-India).

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah menandatangani bagi pihak kerajaan Malaysia manakala India diwakili Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, Vijay K.Gokhale.

Menteri Kewangan kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menyaksikan majlis menandatangani perjanjian tersebut.

Objektif utama perjanjian itu ialah untuk mengadakan peruntukan bagi mengelakkan insiden cukai berganda ke atas pendapatan dengan menentukan hak mencukai antara kedua-dua negara.

Selain itu, pengurangan pemberian kadar cukai pegangan ke atas pendapatan tertentu seperti dividen, faedah, royalti dan fi bagi perkhidmatan timbal balik teknikal dan menyediakan kepastian cukai berkaitan dengan aktiviti ekonomi merentasi sempadan.

"DTAA Malaysia-India juga menggariskan peruntukan untuk mengelakkan pengelakan fiskal dengan merujuk kepada cukai melalui Prosedur Perjanjian Bersama dan pertukaran maklumat antara kedua-dua negara.

"Di samping itu, perjanjian ini akan terus mengukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara dalam bidang perdagangan, pelaburan, sosial dan hal ehwal budaya," menurut dalam satu kenyataan.

Perjanjian baru itu akan menggantikan DTAA Malaysia-India yang telah ditandatangani pada 14 Mei 2001 apabila ia telah berkuatkuasa selepas selesai prosedur pengesahan di kedua-dua pihak. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment